Friday, September 27, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage : Rafeah Sahari

Teks : Pn. Rafeah Sahari
Guru Online : Zaila Mohamad

Assalamualaikum.

Nak Belajar Asas Blog? Klik Gambar



Saya memulakan berniaga secara kecil-kecilan di rumah sekitar tahun 2000 bagi menambah pendapatan keluarga. Setahun kemudian mencuba pula di pasar malam, setiap hujung minggu. Selepas sekian lama, tergerak pula untuk berniaga secara online tapi tidak tahu bagaimana hendak bermula.

Ketika melayari blog dan facebook seringkali terjumpa nama guru pembimbing, Pn Zaila Mohamad. Perasaan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perniagaan secara online ini memungkinkan saya menghubungi beliau. Selepas mengenali beliau dan diterangkan tentang perniagaan online ini, saya pun mendaftarkan diri di Kelas  Asas Blog dan Fanpage dibawah bimbingan Pn Zaila Mohamad. Alhamdulillah saya diajar dengan masa yang ditentukan oleh saya sendiri. Guru online pula boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja.

Disamping belajar untuk menyiapkan blog dan fanpage, saya masih dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa tanpa terganggu. Begitu banyak ilmu yang dikongsikan serta tunjuk ajar yang diberikan termasuklah tip dan kidmat nasihat tentang perniagaan online ini.

Selain dari itu, kami pelajar-pelajar Kelas Asas Blog dan Fanpage yang tidak pernah bersua muka namun tetap mesra di alam maya dan saling membantu mempromosikan blog dan produk rakan.

Kepada yang berminat menyertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage boleh hubungi Pn Zaila di zailamohamad@yahoo.com

TERIMA KASIH CIKGU.

Friday, September 13, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan - Monalita Mansor

Sumber: http://monalitamansor.blogspot.com/2013/09/entri-no-44.html#more

Nama Pelajar: Monalita Mansor
Guru Online: Aishah Hussein

Teks   :  Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

MasyaAllah.  TabarakAllah.  Ini entri saya yang ke 44 secara rasminya.  Maka berakhirlah tugasan saya di dalam kelas Asas Blog, yang saya namakan langkah pertama ini.  Selama 17 hari, rasanya saya melepasi sasaran.  Saya menyasarkan akan menghabiskan entri dalam masa 22 hari.  Alhamdulillah.


Apa yang saya dapat daripada kelas ini?

1.  Sillaturrahmi - itulah rahmat dan rezeki yang tidak ternilai.  Guru dan sahabat sekelas merangkap kakak dan adik-adik yang sangat bermotivasi.  Sangat merendah diri, sentiasa berkongsi maklumat dan tidak kedekut ilmu.

Saya bertemu dengan khalayak rangkaian yang lebih besar, yang saling bahu-membahu di antara satu sama lain.  Ya, pada asasnya kami bersaing.  Cuba memberikan yang terbaik.  Tetapi teknik persaingan dengan merapatkan saf sillaturahmi dengan mengenepikan segala perasaan negatif itulah menjadi harapan semua orang.  

Persaingan yang menjadikan kita sentiasa sayang-menyayangi seperti keluarga.  Persaingan yang perlu dikukuhkan kerana di sini saya menyaksikan para peniaga Cina berjaya merealisasikan impian mereka dengan bersatu.


2.  Keyakinan diri - entah, ini juga rezeki batin yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.  Saya merasakan aura Pn. Masayu Ahmad sudah meresap sedikit demi sedikit.  Selama ini saya mengintai dari jauh kekuatan semangat wanita Kelantan ini. (ini bukan bodek, meminjam semangat!)

3.  Peluang perniagaan - pernah saya katakan pada cikgu saya.  Saya memang fobia dan trauma untuk berniaga lagi.  Saya begitu takutkan rejection.  Saya takut gagal!  Tetapi, memasuki kelas Asas Blog ini memberitahu saya, untuk berjaya harus bersabar.  Kesabaran daripada berniaga itu ada ganjarannya. 



Dari Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Ada seseorang bertanya, “Penghasilan apakah yang paling baik, Wahai Rasulullah?” Beliau jawab:
عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور
“Penghasilan seseorang dari jerih payah tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad di dalam Al-Musnad no.16628)

5.  Ilmu  -  saya mempunyai blog sebelum ini.  Bagaimanapun tidak mempunyai ilmu khusus melainkan dengan melihat-lihat dan bertanya-tanya pada sesiapa yang sudi menjawab.  Di kelas blog ini, segala persoalan saya dijawab oleh guru yang berpengalaman dan mahir dengan selok belok penghasilan blog.
Sebelum ini saya umpama Kak Aishah dengan anaknya di depan bangunan KLCC, lihat blognya di 
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/gajet-dalam-hidup-seorang-wahm.html

tersenyum seorang diri saya membacanya.  Sekarang, saya boleh menjawab dengan yakin, kau tahu buat blog?  Tahu!
http://online.wsj.com/media/mbh_02.jpg

 













Selain itu, rangkaian guru-guru dan sahabat-sahabat di dalam jaringan Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai blog-blog yang hebat yang boleh dipelajari.  Penting sekali, ada masa untuk bersiar-siar di blog.  Whoops, jangan sampai anak menangis kita biarkan.

6.  Masa  -  Masa yang sangat fleksibel.  Ketika memasuki kelas ini awalnya, saya merasakan sangat tertekan.  Laptop rosak.  Komputer rosak.  Saya hanya ada Blackberry yang saya gunakan untuk melayari FB.  Setiap hari, saya terkocoh-kocoh ke PPAS.  Membina blog, mencantikkannya ditambah pula pada ketika itu ada manuskrip yang perlu saya kemaskan untuk dihantar kepada editor.

Menggunakan BB untuk memasukkan entri memang menyakitkan hati, malah menaikkan angin kumulus nimbus tertimbus!  Saya gunakan pula telefon jenama Samsung milik anak, alhamdulillah.  Entri boleh diposkan tetapi siksanya menaip umpama menggunakan batang balak sebagai pen di atas sekeping kertas A4!

Gambarnya pula lintang pukang sehingga saya ditegur cikgu.  Tertekan sungguh.  Masuk minggu kedua, omak pulang ke kampung.  Si kecil dua orang tiada pula pengasuh.  Separuh hari saya digunakan pula mengasuh anak saudara yang keletah dan manja itu.  

Begitupun, oleh kerana tiada kekangan masa, semasa mereka tidur lebih kurang dua jam, saya bergelut menaip entri sambil memasak.  Tanyalah cikgu saya.  Sambil mengupas kunyitpun saya masih berada di kelas Asas Blog.  

Kerana itu, saya merasakan kelas ini sangat istimewa.  Selain daripada idea spontan saya menghantar mesej kepada Puan Masayu bertanyakan tentang kelas ini, saya rasakan mereka yang ada di sekeliling saya sekarang membawa rahmat dengan izin-Nya.

Kalau anda belum menyertai kelas ini dan inginkan pengalaman senyaman dan seindah ini, tangan saya sentiasa terbuka menyambut kedatangan anda.  

PM saya di fb atau tinggalkan mesej di ruangan komen.  

Wednesday, September 11, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan- Hayati Shahadan

BERBLOG UNTUK MENAMBAH ILMU..

Nama Pelajar : Hayati Shahadan
Guru Online : khairunnisa hamzahara (Nisa Nua)


Teks: Hayati Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..




Setiap hari pasti ada sahaja kisah yang berlaku dalam kehidupan 
seharian untuk di ceritakan dan di kongsi bersama rakan-rakan dan 
orang-orang di sekeliling. Ianya datang dalam bentuk yang 
berbeza-beza. Mungkin cerita itu boleh di jadikan contoh dalam 
menyelesaikan masalah, memberi nasihat, memberi ilmu dan 
dalam masa yang sama boleh membina landasan pendapatan 
sampingan.



Asalnya saya sendiri tidak pandai berblogging.Tetapi saya suka 
membaca blog-blog perkongsian ilmu dan nasihat untuk 
membantu saya menyelesaikan masalah yang datang dalam 
kehidupan.Walaupun masalah berbeza tetapi ia mendatangkan 
inspirasi yang lebih kurang sama untuk mengatasinya.



Bila kita bekerja, masa untuk keluarga sangat-sangat terbatas. 
Antara Suami , anak-anak dan kerjaya memang mencabar 
kita untuk menguruskannya. Mempunyai anak-anak kecil yang 
memerlukan lebih perhatian membuat saya terfikir sampai bila 
saya harus begini.

Pada mulanya saya terjumpa dengan blog mentor saya 
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/blog-page_5160.html 
yang menawarkan pakej Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis. 
Dari situ saya terfikir untuk membuat blog yang boleh di jadikan 
tempat berniaga online dan boleh meneruskan rancangan saya 
untuk berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa di 
sisi suami dan anak-anak sambil berniaga online. Tetapi bila 
saya mengenali mentor saya yang juga di kenali sebagai 
Nisa Nua @  https://www.facebook.com/nisanua?fref=ts di laman 
Facebook membuat saya terfikir panjang. Rupa-rupanya berblogging 
bukan hanya untuk berniaga tapi lebih kepada perkongsian 
pendapat, nasihat, peringatan dan ilmu yang tidak akan putus 
sampai bila-bila.



Tuhan itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. 
Kebetulan yang tak disengajakan kerana terlalu banyak halangan 
yang saya kena lalui dan tempuhi setelah saya mendaftar ke 
Kelas Belajar Asas Membuat Blog yang mana anak-anak saya 
demam campak seorang demi seorang dan majikan yang 
tidak memahami membuat saya seolah-olah ingin berputus asa 
untuk meneruskan blog ini, tetapi saya amat bertuah kerana 
Mentor Nisa Nua memberi saya peluang yang luas dan 
menerima serta membimbing saya untuk terus berblogging 
mengikut masa dan keselesaan saya. Terima Kasih....





Saya memang seorang yang suka membaca tetapi 
tidak pandai menulis membuatkan saya seronok berguru 
untuk belajar menulis agar coretan yang di hasilkan bermanfaat 
dan berguna. Harapan saya agar saya lebih matang dalam 
penulisan dan dapat berkongsi banyak ilmu pengetahuan 
tentang Dunia Seni Jahitan Kreatif.



Tuesday, September 10, 2013

Ulasan Kelas Teknik Blog Siap E-Book

Sumber: www.nurzahwanimohdnor.blogspot.com

Pelajar: Nurzahwani Mohd Nor
Pengajar: Puan Masayu Ahmad

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah, hari ini berjaya untuk mencoretkan pengalaman saya bersama kelas online Teknik Blog Siap e-book. Jujurnya saya sangat bersyukur kerana Allah menggerakkan hati saya untuk mendaftar kelas ini. Permulaan cita-cita saya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa adalah pada sekitar tahun 2008-2009. Masa itu, saya baru mempunyai seorang anak. Perasaan untuk menjaga anak di tangan sendiri sangat meluap-luap, tetapi dipendamkan sahaja kerana takut dengan persepsi orang ramai.

Walau bagaimanapun, saya cuba mencari jalan untuk menjana pendapatan dari rumah. Pelbagai perkara saya lakukan. Menjual T-Shirt kanak-kanak, menjual tudung, mula belajar jahit dengan harapan dapat mengambil upah menjahit baju, menjual baju kurung kanak-kanak, menjual kerepek, dan yang paling terbesar sekali, saya mengeluarkan modal untuk bisnes printing T-Shirt dan cenderahati. Malangnya semua tidak menjadi. Benar bagai dikata, untuk memulakan perniagaan perlukan mentor yang betul untuk tunjukkan jalan.

Saya mula terpandangkan di internet berkenaan Jana Wang Dari Rumah yang ditulis oleh Puan Masayu Ahmad. Saya subscribe e-mail Puan Masayu Ahmad, tetapi hanya membaca sekali lalu. Tidak bersungguh. Dalam pada itu, kontrak saya bersama majikan telah tamat dan saya tidak pula mahu menyambung kontrak berkenaan. Nekad di hati saya untuk berhenti kerja walau pun tiada pendapatan. Ya. NEKAD.

Dari situ, saya korek balik e-mel Puan Masayu Ahmad berkenaan Jana Wang Dari Rumah. Di rumah, saya mula berjinak-jinak belajar menggunakan facebook. Dengan izin Allah, saya terserempak dengan iklan Puan Masayu Ahmad berkenaan kelas Teknik Blog Siap e-book. Berdebar-debar saya menghantar pesanan pertanyaan tentang kelas. Semuanya menggunakan perantara FB. Pada waktu ini saya memang belum pandai menggunakan FB. Apatah lagi membuat fan page.

Usai pendaftaran, Puan Masayu memberikan nota dan e-book sebagai modul pelajaran. ALHAMDULILLAH SYUKUR. Saya tidak menyangka saya bertemu lampu suluh di sini. Saya memang suka menulis blog dari tahun 2007 lagi, tapi rupanya penulisan saya tidak tepat. Di kelas ini, saya banyak belajar bagaimana menghasilkan blog yang sedap dan cantik dibaca oleh pembaca. Ada atau tiada yang minat, saya boleh ketepikan dahulu isu itu, yang penting dan utama bagi saya adalah kepuasan. Mana tahu, rupanya ada juga pembaca blog saya. Sesungguhnya kelas yang diberikan sangat bermakna. Ia bukan sahaja membuka peluang untuk belajar berkenaan penulisan blog, tetapi lebih kepada penulisan yang betul untuk blog dan matlamat utama ialah teknik yang betul untuk menghasilkan e-book.

E-book SuperWahm Super Mom memberikan perkongsian dari mereka yang telah berjaya. Ia sangat bermanfaat. Dari situ, saya mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan online. Saya mula mencipta penjenamaan sendiri seperti yang diajar di kelas.

Kelas yang diadakan juga sangat santai. 100% online. Sesuai untuk saya sebagai suri rumah yang mempunyai anak kecil. Sambil menjalankan tugas hakiki menjaga anak dan mengurus rumah tangga, sambil belajar dan mengeluarkan output. Saya sangat sukakan cara sebegini. Selagi ada talian internet, PC dan smartphone, saya boleh berhubung untuk mendapatkan input dan mengeluarkan output. Tidak saya sangka sebenarnya cara ini efektif bagi saya. Saya juga berpeluang menjalin ukhwah bersama rakan sekelas. Ya, walau pun di alam maya, saya punyai rakan sekelas.

Alhamdulillah, rakan yang banyak memberikan sokongan moral, membuatkan kita juga ingin turut aktif dalam aktiviti yang disediakan. Perkongsian pengalaman dari rakan-rakan banyak membantu untuk meneruskan tugasan yang adakalanya mencabar keupayaan saya. Ya lah. Kalau tak mencabar, sudah tentu tidak banyak yang dapat saya belajar. Sesungguhnya belajar berkenaan alam maya ini, tidak akan habis dan tidak akan tamat. Namun, saya harap dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat ini kepada suri rumah atau pun mereka yang duduk saja di rumah tanpa pekerjaan. Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil, di dunia dan akhirat sana.

Saya yakin, saya tidak rugi dengan menyertai kumpulan ini. Bekerja dari rumah, menjana pendapatan dari rumah. Dan yang saya suka adalah membina ukhwah, perkongsian dan ingatan untuk meningkatkan amal ibadat serta amalan kerohanian kepada Allah SWT, maha pencipta dan pemberi rezeki.

Jika anda mahu menyertai keluarga besar kami, dan bersama menjana pendapatan dari rumah, tidak kira secara sepenuh masa atau separuh masa. Jangan bertangguh lagi. Kelas ini sesuai untuk yang mahu mula melangkah seperti saya di peringkat awal dahulu. Cipta jenama anda bermula dari sini. Usah risau dengan pandangan orang lain. Seperi Dr Azizan Osman katakan, penghalang cita-cita anda, sebahagian besarnya disumbang oleh diri anda yang takut dengan diri sendiri, bukan persepsi orang lain.


Untuk sertai saya, boleh hubungi saya:-

SMS/WhatsApp: 0136200432
E-mail: wanimn_2301@yahoo.com

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan - Fadhlina Yaacob

Sumber: http://fadhlinayaacob.blogspot.com/2013/09/bermulanya-proses-pembelajaran.html

Nama Pelajar: Fadhlina Yaacob
Guru Online: Aishah Hussein

Assalamualaikum wbt,

Semuanya bermula selepas timbul kesedaran saya perlu lakukan sesuatu untuk mengisi masa saya selain dari membuat rutin harian sebagai seorang surirumah.

Alhamdulillah, seorang sahabat baik saya telah membuka lorong memperkenalkan FB Kak Masayu tentang iklan kelas untuk SOHO ni kepada saya Ogos lepas. Sudah lama tercari-cari individu yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Saya rasa saya perlukan bimbingan dari yang berpengalaman walaupun sebelum ni saya dah pernah buat blog saja-saja, suka-suka sampaikan terbengkalai dan saya dah tak ingat apa nama blog tu. hehe

Bermula dengan perkenalan dengan Kak Masayu, beliau telah perkenalkan pula saya kepada Guru Online kami iaitu Kak Aishah. Masa tu sangat teruja untuk belajar sampaikan tak tertanya pun tentang yuran kelas dan lain-lain. Kenal jer dengan Kak Aishah terus mula kelas. Dah diajar cara buat email dan buka akaun blog baru Kak Aishah tanya pasal bayaran. Hahaha.. Punyala semangat nak belajar :D

Pendek cerita, selepas diterangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog & Fanpage memandangkan saya sudah memiliki fanpage di Facebook untuk kedai online saya :)

Yuran kelas yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada saya yang sentiasa mempunyai kekangan untuk menguasai gajet-gajet seperti laptop atau ipad dek kerana berebut dengan anak-anak :D

Kak Aishah memang sangat efisien mengajar kami jika diajukan pelbagai soalan dan juga sabar melayan pertanyaan saya yang agak perlahan pencernaan maklumatnya . Hihi.. Saya memang kurang minat untuk mengetahui tentang fungsi-fungsi komputer atau teknologi maklumat ni. Tetapi walau apapun, kelas berlangsung dengan penuh harmoni dan santai serta sangat mesra seperti sudah lama berkenalan. Memang bagaikan seorang kakak melayan kerenah si adik :D Terima kasih Kak Aishah.

Tidak dilupa juga kehadiran rakan-rakan penulis yang lain yang sama-sama membantu memberikan idea dan pemahaman, Kak Saniah dan Kak Mon yang pertama kali saya kenal di dalam group kelas kami :)

Saya sangat bersyukur ditemukan dengan mereka yang sama-sama berkongsi pengalaman sebagai surirumah dan memberi tunjuk ajar bukan sahaja secara formal juga secara tidak formal. Terima kasih diatas sokongan Cikgu Kak Aishah serta Kak Saniah dan Kak Mon.

Oklah, sampai sini dulu perkongsian bagaimana bermulanya proses pembelajaran melalui tawaran kelas secara online untuk para surirumah ini. Satu usaha yang sangat bagus untuk kami sama-sama menaikkan kredibiliti kami sebagai surirumah yang bukan lagi seperti ibu-ibu atau nenek-nenek kita seperti zaman sebelum ini. Kami juga perlu menyiapkan diri menghadapi dunia masa depan yang lebih mencabar dalam mendidik anak-anak di zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini :)

Sekian dulu daripada saya. Terima kasih buat semua dan anda yang berminat untuk sertai kelas ini, JANGAN teragak-agak lagi untuk menyertainya kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat.

Wassalamualaikum :)

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage - Shahana Sharafaddin

Pelajar : Pn. Shahana Sharafaddin

Guru Online : Pn. Zaila Mohamad

Sumber : http://shahanasharafaddin.blogspot.com/2013/09/testimoni-kelas-asas-blog-fanpage.html

Salam Sejahtera...

Saya amat berterima kasih pada Zaila Mohamad kerana tekun dan sabar mengajar saya bagaimana hendak ada blog dan fanpage sendiri. Kelas ini memberi kemudahan secara online dan fleksibel.

Saya pernah mencuba belajar sendiri melalui e-book tapi kadang-kadang bila tidak ada Cikgu yang tunjukan cara-cara yang betul kita berhenti separuh jalan. 
Saya juga pernah ingin mengupah orang untuk buat blog untuk saya.Tapi bila di fikirkan semula lebih baik saya belajar sendiri dengan kos jauh lebih murah.

"Work At Home Mom". Itulah impian saya. Sejak saya belajar kelas asas blog ini, masa saya lebih kepada mencari ilmu bagaimana menambah pengetahuan bagaimana menjana pendapatan dalam bidang blog.
Kelebihan kelas asas blog dan fanpage ini saya dibantu oleh cikgu yang berpengalaman luas dan boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja. Mereka juga akan memberi semangat dan selalu bertanya khabar kepda pelajar-pelajarnya.
Saya rasa memang tidak rugi belajar kelas asas blog dan fanpage ini.





Jika anda berminat nak belajar seperti saya boleh lah ke http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/06/diari-wahm-sahm-soho-bina-asas-blog.html

anda akan dibimbing oleh Zaila Mohamad & Masayu Ahmad

Friday, September 6, 2013

Ulasan Kelas Blog & Fanpage - Rafeah Mat

Pelajar : Rafeah Mat

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : http://rafeahmat.blogspot.com/2013/09/testimoni-belajar-kelas-asas-blog-dan.html

Biasa dengar blog tapi saya tak faham apa itu blog...



Sekarang hampir sebulan saya mula mengenali dan menulis di blog, terima kasih buat tutor aka cikgu  saya Zaila Mohamad juga kepada Wan Rokiah yang berjaya membuatkan saya tertarik dengan blog. 

Permulaan yang agak payah bagi saya kerana memang pengetahuan mengenai blog adalah kosong!
namun berkat kesabaran yang ada pada cikgu Zaila, Alhamdulillah saya berjaya menghasilkan blog walaupun tak seberapa jika dibandingkan dengan blogger2 lain, tetapi  saya bangga :) (masuk bakul angkat sendiri hehehe)
Di sini juga bermula perniagaan secara online saya, sebelum ini saya sudah lama  terlibat dengan bidang periagaan bukan online tetapi secara terus dengan pelanggan. . Disebabkan kekangan masa dan perlu memberi perhatian kepada anak2 membuatkan saya lebih berminat untuk berniaga melalui online.

Tak rugi mencuba kerana tiada apa-apa risiko yang perlu ditanggung cuma berbekalkan keyakinan dan usaha. Sokongan dari pengajar juga jadi pembakar semangat untuk saya. Saya pun bukan pandai sangat menulis tapi itu yang seronok tentang blog, boleh tulis apa saja yang terlintas dikepala kita tiada sekatan.
 Sesiapa yang  diluar sana yang masih tercari2 nak buat apa selain menguruskan rumah tangga jom kita belajar kelas asas blog & fan page juga boleh tambah sedikit pendapatan. ( buat suka2 je tapi Alhamdulillah ada je rezeki yang masuk)

Untuk mengikuti dan belajar secara online boleh lawati blog guru online di http://zailabinimdae.blogspot.com/

Tuesday, September 3, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog - Rozida Ismail

Pelajar : Rozida Ismail
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://irozida.blogspot.com/2013/09/kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Kelas Asas Blog dan Fanpage

Teks: Rozida Ismail

Assalamualaikum,
Mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana hendak membuat blog sendiri kerana ia tidaklah sesusah mana. Template sudah tersedia dan anda hanya ikut sahaja apa yang dinyatakan. Hanya dua tiga klik, terhasillah blog anda. Jadi, mengapa perlu lagi untuk mengikuti kelas asas blog dan fanpage?

Tetapi ramai antara yang menghasilkan blog itu hanya ghairah menulis ketika baru menghasilkan blog sahaja. Kemudian, tinggallah blog itu tanpa 'berusik' sekian lama. Umpama rumah yang sudah siap tetapi dibiarkan kosong tanpa penghuni. Kadang-kadang ada yang mempunyai banyak blog, tetapi hanya mengemas kini blog tertentu sahaja. Ini kerana mereka sudah kekeringan idea untuk menulis.

Sebelum mengikuti kelas asas penulisan blog, saya sendiri telah mempunyai blog. Tetapi blog saya kurang dikunjungi. Ini membuatkan saya berasa rendah diri. Orang tidak mahu membaca tulisan saya. Lama kelamaan saya tidak lagi rajin mengemas kini blog tersebut.
Tetapi apabila ternampak promosi tentang kelas asas blog dan fanpage dengan harga yang sangat murah di facebook, saya terasa ingin mencuba. Yuran kelas ini sebenarnya sangat murah dibandingkan kelas pembinaan blog yang pernah saya hadiri. Sekiranya anda tidak ada budget yang besar atau masa yang banyak untuk menghadiri kelas atau seminar berblog, saya nasihatkan anda sertai kelas ini sahaja. Memanglah setiap kelas mempunyai cara dan ilmu yang berlainan. Tetapi sesuai dengan namanya 'Kelas Asas' maka semua yang asas anda boleh dapat di sini. Yang paling penting, guru anda 'hadir' di rumah atau di mana-mana sahaja pada masa-masa senggang anda. Anda yang pilih dan tetapkan masanya.

Saya merasakan pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat daripada Kelas Asas Blog dan Fanpage yang dikendalikan oleh sifu Masayu Ahmad dan Anys Idayu Zakaria sangat praktikal dan membantu. Apa lagi yang anda mahu, Puan Masayu Ahmad merupakan blogger terkenal. Hasil kerjanya mendapat liputan di akhbar-akhbar tempatan. Manakala, Anys Idayu Zakaria (anysidayu.blogspot.com) merupakan anak didik beliau yang membantu sebagai tenaga pengajar yang bertauliah.




 
 
Tip dan panduan yang diberikan oleh guru-guru Kelas Asas Blog ini memang menjadi. Jangan risau, jika anda tidak mahir IT, mereka akan beri tunjuk ajar. Yang penting anda perlu buat sendiri. Selain mendapat panduan secara 'live', anda juga akan dimasukkan dalam komuniti blogger yang besar dan mereka akan membantu menaikkan bilangan pengunjung ke blog anda. Inilah perkara yang paling penting, saling bekerjasama untuk mempromosi blog. Masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan.  Anda tidak perlu berasa rendah diri jika anda masih baru  dalam dunia blogging. Mungkin cerita yang biasa bagi anda adalah cerita luar biasa bagi orang lain. Nasihat saya, jangan dengar kata-kata saya, tetapi cuba sendiri dan nilai keberkesanannya.