Pages

Friday, January 24, 2014

Penulisan kreatif

Teks : Snh Nurulhusna

Teruja apabila didedahkan dengan dunia blog semasa di Kelas Asas Blog dan Penulisan, lantas saya mengintai untuk menempatkan diri di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif pula. Kedua-dua kelas ini kedengaran seperti serupa namun 'udara'nya berlainan sekali. Memang tidak bosan kerana kedua-duanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Seandainya ada rezeki dan kemampuan, mahu saja saya bolot rekod mendaftar semua kelas yang ada di ABR. Tamakkan ilmu tidak mengapa rasanya!

Masih terkial-kial di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah namun usaha tetap usaha. Saya tidak pandai menulis, dan kelas-kelas ini untuk menjadikan saya terbiasa dengan aktiviti menulis kerana sejarah telah membuktikan, orang-orang yang berjaya terdiri daripada penulis. Saya ingin berjaya, jadi teori yang mudah, hendak berjaya mesti menulis. Tulis apa? Mungkin sesuatu yang boleh menaikkan motivasi saya sendiri dan dalam masa yang sama boleh dikongsikan dengan insan lain di samping menggalakkan saya memburu ilmu. Jikalau tiada 'input' manakan pula hendak keluar 'output'nya.

Dengan menulis juga membuatkan saya berfikir beberapa kali sebelum menyasar dalam tindakan mahupun kata-kata. Syukur Alhamdulillah, salah satu ciri yang dikesan dalam kelas online ini ialah mesra pelajar dan contoh yang diberikan amat mudah difahami. Saya amat kagum kerana kebanyakan penulis yang berpengalaman dalam penulisan pun masih mendaftar untuk belajar di kelas di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor.

http://tamsilankehidupan.blogspot.com/ 

No comments:

Post a Comment