Thursday, March 20, 2014

Ulasan Kelas Serentak - Kelas Asas Blog Penulisan + Kelas Blog Bisnes (Haryati Dulbahri)

Guru Online: Nisa Nua
Protege: Haryati Dubahri
Kelas serentak Asas Blog Penulisan + Kelas Blog Bisnes
Sumber: http://haryatidulbahri.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-online-serentak-1-kelas.html

Alhamdulillah. Si kecil Harith baru sahaja lena dan saat inilah baru saya berkesempatan untuk meneruskan penulisan di blog. Dari waktu pagi saya hanya sempat update status di Facebook hanya melalui handphone. Maklumlah, si kecil Harith masih lagi menyusu badan, walaupun sudah menjangkau usia 2 tahun lebih. Inilah hikmahnya apabila saya menjadi suri sepenuh masa. Anak-anak sentiasa ada dalam jagaan saya. Jangan mudah putus asa, saya berkata dalam hati saya sendiri. Teringat pula semalam status di Facebook Sifu Perniagaan Internet, saudara Irfan Khairi iaitu "Kejayaan Akan Datang Apabila Kita Tidak Berputus Asa". Saya setuju kata-kata ini, bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan. Usaha yang konsisten, semangat dan tidak mudah putus asa itu nanti yang akan membuahkan hasil iaitu kejayaan.

Baiklah, sebentar tadi saya membelek kalendar meja, sedar tak sedar hari ini adalah hari ke 41 saya sebagai protege Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Sekejap sahaja masa berlalu. Menurut guru online saya, Pn Khairunnisa Hamzahara @ Nisa Nua, saya sudah boleh membuat ulasan kelas online ni. Sedar tak sedar juga saya telah berjaya menghasilkan sebuah blog iaitu blog Laman Perniagaan Dan Produk Dari Rumah. Bukan setakat itu sahaja, saya juga berjaya membuat fanpage niaga saya sendiri iaitu Mompreneur Shoppe. Ucapan sekalung tahniah untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, nampaknya apa yang dipelajari telah membuahkan hasil. Macam tak percaya sahaja.

Kalau ikutkan, saya ni adalah pemegang ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan. Saya pernah belajar dahulu Internet Marketing, Business Management dan subjek-subjek berkaitan perniagaan, kewangan dan pemasaran. Amat rugi sekiranya jika ilmu yang dipelajari kita tak praktikkan. Semasa di universiti juga saya pernah menyimpan impian untuk membuka sebuah perniagaan kelak. Cuma hasrat tersebut terbantut bila saya sudah seronok dengan dunia kerjaya. Sehinggalah apabila saya berkeluarga dan kini telah bergelar status WAHM dan sudah pasti keluarga adalah menjadi keutamaan.

Bagaimana saya mula menyertai kelas online ini?

Alhamdulillah, hasrat untuk membuka perniagaan saya simpul rapi-rapi dan dalam hati saya tekad akan laksanakan suatu hari nanti. Walaupun sudah bergelar status surirumah sepenuh masa sejak tahun 2013, ia bukan penghalang untuk saya meneruskan hasrat ini. Masa yang terluang sebagai surirumah saya isikan dengan membaca dari blog ke blog. Saya suka mengikuti perkembangan semasa di internet. Klik sahaja carian di Carian Google. Malah kalau nak bershopping pun saya juga suka shopping secara online. Sangat mudah sebenarnya berurusan melalui online. Bukan sahaja jimat masa, malah saya tidak perlu nak lalui kesesakan orang ramai apabila membeli belah di pusat membeli-belah.

Pertemuan saya dengan blog Pn Nisa Nua iaitu blog Panduan Untuk Kediaman Idaman di alam maya bermula ketika saya sedang mencari maklumat tentang dekorasi kediaman. Ketika itu saya baca sekali sahaja, terus saya berminat untuk mengikuti entri beliau yang seterusnya. Dalam masa satu hari saya teroka seluruh laman blog Pn Nisa, sehinggalah saya membaca pengalaman beliau tentang WAHM dan Akademi Bekerja Di Rumah. Secara jujurnya, saya bagaikan telah jatuh cinta pandang pertama dengan penulisan beliau. Semua penulisan beliau sangat jujur, selalu positif dan bersahaja.

Bermula daripada hari itu, saya usulkan kepada En suami tentang hasrat saya untuk mengikuti kelas online. Alhamdulillah suami memberi sokongan 100%. Bermula fasa saya sebagai pelajar kelas online di bawah guru online Cikgu Nisa Nua pada awal Februari yang lalu. Saya ambil kelas serentak sekali iaitu 1) Kelas Online Asas Blog dan Penulisan; dan 2) Kelas Online Asas Blog dan Fanpage Niaga.

Kenapa saya sertai kelas online serentak?

Daripada maklumat yang saya baca tentang kelas online ini, saya amat tertarik sekali dengan tawaran yang diberikan sekiranya menyertai kelas ini. Matlamat ABDR juga selari dengan apa yang saya impikan. 15 sebab utama saya menyertai kelas online ini secara serentak kerana:-
1. Saya ingin belajar langkah demi langkah membina blog dan teknik penulisan yang betul.
2. Walaupun saya pemegang ijazah pentadbiran perniagaan, secara praktikalnya saya seorang yang zero tentang selok-belok perniagaan secara online.
3. Saya ingin mula perniagaan secara online, tapi saya tidak tahu caranya. Sebab itu saya perlukan ilmu dan mentor. Ilmu dan mentor tersebut saya perolehi daripada kedua-dua kelas ini.
4. Saya ingin mula perniagaan secara online, tapi saya tidak ada produk lagi. Ya, realitinya saya tidak pernah berniaga. Semasa saya mendaftar kelas ini, saya memang tidak ada lagi produk. Akan tetapi, saya mulakan dengan apa yang ada. Iaitu saya jual apa yang saya gunakan selama ini yang saya yakin boleh memberi manfaat kepada orang lain. Selain itu, kelas online ini juga menawarkan pilihan produk ABDR yang boleh kita jual. Saya memilih produk digital iaitu pelbagai ebook di bawah ABDR.
5. Saya juga ingin mempelajari teknik-teknik pemasaran yang betul daripada otai-otai yang berpengalaman dalam pemasaran.
6. Apabila menyertai kelas online ini, secara automatik saya akan menjadi ahli ABDR di mana saya akan bergabung dengan peserta lain. Sehingga kini ABDR adalah gabungan 400 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Melalui gabungan ini, ianya dapat membantu aliran traffik ke blog saya.
7. Kelas online ini sangat fleksibel kerana ianya dijalankan 100% secara online (atas talian). Masa belajar adalah mengikut saya yang tentukan.
8. Guru online yang berdedikasi dan telah berjaya melakukannya. Untuk berjaya, saya perlu berguru dan bergabung dengan orang yang mempunyai matlamat yang sama dengan saya.
9. Saya perlukan sokongan dan motivasi untuk meneruskan cabaran dalam perniagaan maya ini. Apabila menyertai kelas ini, saya ada kumpulan sokongan iaitu ABDR.
10. Saya ingin menambah kenalan. Melalui kelas online ini saya dapat menambah kenalan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman. Walaupun hanya berkomunikasi secara maya, hubungan kami seperti sebuah keluarga. Kami saling bertukar pendapat, bertukar cerita dan pengalaman.
11. Saya perlukan jaringan networking untuk perniagaan maya saya. Kebanyakan peserta kelas mempunyai matlamat yang sama iaitu menjana pendapatan dari rumah. Jadi, antara kami saling membantu untuk membina networking dalam perniagaan maya.
12. Dengan menyertai pakej kelas asas blog ini, saya juga menerima bonus 4 buah ebook sebagai rujukan asas bekerja dari rumah. Ebook tersebut adalah: 1) Ebook Belajar Asas Blog; 2) Ebook Super WAHM, Super Mom; 3) Ebook 101 Idea Home Based Bisnes; 4) Ebook Mula Bisnes Butik.
13. Saya ingin memiliki duit poket sendiri dengan hanya menjalankan perniagaan di rumah secara online.
14. Saya ingin menjadi WAHM yang berjaya seperti sifu-sifu saya yang telah berjaya melakukannya.
15. Saya ingin melabur untuk saham akhirat, iaitu ilmu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Melalui penulisan blog, ianya bukan sahaja bertujuan untuk mempromosi produk, tetapi fokus utama adalah memberi ilmu dalam bentuk informasi berguna kepada para pembaca blog.

Apa yang saya perolehi setelah 41 hari menyertai kelas online ini?
Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, saya telah berjaya bina blog dan fanpage sendiri.
Saya mampu menulis dengan baik hasil tunjuk ajar langkah demi langkah oleh Pn Nisa Nua.
Saya sudah tahu kepentingan blog dan fanpage. Blog dan Fanpage ini hubungannya sentiasa saling berkait. Kita menulis dahulu di blog, publish dan kemudian terus share di wall fanpage. Di fanpage pula, kita akan kongsikan secara bergilir dengan produk, status terkini dan perkongsian info. Sekiranya dilakukan secara berterusan, ianya akan membantu kita mendapat pembaca iaitu mungkin juga bakal pelanggan kita. Selain itu, kuasa blog ini lagi hebat kerana serata dunia boleh tengok dan boleh masuk ke laman blog kita. Laman blog tidak memerlukan pembaca untuk log in dan blog juga adalah adik-beradik kepada Google. Secara teknikalnya, Google juga akan timbulkan blogspot dahulu sebelum artikel dari tempat lain dalam pencarian pengguna internet google.
Saya juga sudah semakin mahir untuk mempromosikan produk di dalam fanpage niaga saya sendiri.
Setakat ini saya perolehi sokongan dan motivasi 100% daripada guru online saya, Pn Nisa Nua, pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad dan juga rakan-rakan ABDR.

Alhamdulillah, dengan hanya berbekalkan sebuah laptop, talian internet dan semangat, saya mengorak langkah untuk terus maju ke hadapan. Jutaan terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana memudahkan perjalanan saya menuntut ilmu. Begitu juga kepada pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad, guru online saya, Pn Nisa Nua, guru-guru online yang lain dan rakan-rakan di ABDR. Tanpa sokongan dan tunjuk ajar kalian, sudah tentu saya tidak akan berjaya menempuh cabaran dalam dunia WAHM ini. Semoga saya istiqamah untuk meneruskan langkah sehingga berjaya menjadi WAHM yang berjaya suatu hari nanti. Amin.

Saya amat mengesyorkan kepada sahabat semua yang masih tercari-cari apa yang anda inginkan supaya terus menyokong dan terus menjadi sebahagian daripada kami di ABDR. Saya suka tagline guru online saya: 'Melangkah Keluar Dari Kotak Pintu Biasa Anda'. Lakukan apa yang anda minat (passion). Berani bertindak dan realisasikan matlamat anda.

Tuesday, March 18, 2014

Ulasan Haryati Dulbahri


Perasan tak logo ni di sebelah kanan side bar blog saya? Ya, inilah dia logo rasmi Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang direka khas oleh guru online saya iaitu Puan Nisa Nua @ Khairunnisa Hamzahara. Mesti ramaikan antara sahabat semua yang masih lagi tertanya-tanya apa ada pada ABDR ni. Rasanya masih belum terlambat untuk saya menulis entri berkenaan ABDR. Jika sebelum ini saya ada juga sebut-sebut nama ABDR ini dalam entri yang terdahulu. Hari ini merupakan hari yang ke 37 saya sebagai protege dalam ABDR ni. Masih berusaha keras untuk cukupkan 44 entri dan menyiapkan tugasan yang seterusnya. Dah macam akademi fantasia pulak. Tapi realitinya akademi ini bukan sebarang akademi. Apabila sudah berada di dalam akademi ini, satu persatu saya nampak manfaat dan kelebihannya. Lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri dan khususnya kepada sesiapa sahaja yang ingin bergelar WAHM (Working At Home Mom) yang berjaya. Inilah platform yang saya cari selama ini setelah bergelar surirumah sepenuh masa sejak Januari 2013.

Siapa Pengasas ABDR?
  • Pengasas ABDR ialah Puan Masayu Ahmad. 
  • Beliau merupakan suri bekerja dari rumah sepenuh masa (WAHM) dan sebelum ini merupakan seorang wartawan dan pengarang di sebuah syarikat penerbitan di tanah air. 
  • Penulisan adalah fokus utama beliau dan wujudnya ABDR ini adalah sebagai kumpulan sokongan kepada suri yang mahu menjana pendapatan dari rumah dengan menggunakan platform blog dan fanpage di facebook. Melalui ABDR, fokus beliau sudah tentunya memberi panduan tentang ibu bekerja dari rumah atau lebih dikenali dengan WAHM (Working At Home Mom) dan pejabat di rumah (SOHO). 
  • Sejak bergelar WAHM, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku seperti Jana RM Dari Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden, Ebook Jana Wang Di Rumah, Ebook Panduan Mula Bisness Butik, Ebook Super WAHM, Super Mom dan beberapa buku lagi yang bakal terbit.
  • Untuk kenali lebih mendalam tentang beliau, saya jemput sahabat semua untuk ke blog beliau iaitu di blog Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO).

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
  • ABDR merupakan satu kumpulan sokongan ataupun satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
  • Sehingga kini, ABDR adalah gabungan antara 400 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi.
  • Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
  • Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
  • Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
  • Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.

Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
  • Kelas online asas blog dan penulisan
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online penulisan kreatif
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
  • Bengkel offline: Branding Yourself & Business Strategies oleh Pn Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan.

Siapa yang boleh sertai ABDR?
  • Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
  • Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
  • Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.

Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
  • Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
  • Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
  • Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
  • Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
  • Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
  • Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
  • Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Bagaimana untuk menyertai ABDR?

1. Untuk sertai ABDR, sahabat semua boleh terus hubungi: 
2. Ataupun guru online yang bertugas:
3. Melalui protege dan rakan niaga ABDR (boleh lihat logo ABDR di blog mereka untuk memastikan mereka adalah ahli ABDR). 


Kelebihan menyertai ABDR
  • Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah. 
  • Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
  • Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
  • ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
  • Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog.
  • Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.
  • Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.
  • Protege ABDR juga layak menjadi pembantu kelas dan guru online sekiranya melepasi standard yang ditetapkan oleh ABDR.
  • Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
  • macam-macam lagi kelebihan ABDR, yang pasti ianya mampu membantu protege menjana pendapatan di rumah.
Kepada sahabat semua, sekiranya anda berminat dan sudah bersedia, jom sertai kami di ABDR dan berani melakukan perubahan dalam kehidupan anda. Moga perkongsian berkenaan ABDR ini dapat memberi panduan kepada sahabat semua yang mahu menjana pendapatan dari rumah. Jadikan ABDR ini sebagai platform untuk kita berubah dan melangkah keluar dari kehidupan biasa kita.

Salam kasih. 

Monday, March 10, 2014

Ulasan Kelas Blog Fanpage Mula Bisnes - Roslina Ghazali

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Roselina Ghazali (http://roslinazali.blogspot.com)
Sumber : http://roslinazali.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 entri yang diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada mentor saya Puan Anys Idayu Zakaria kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Beliau begitu sabar melayan dan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, Alhamdulillah saya mampu menjana pendapatan yang lebih sedikit dari biasa. Saya juga rasa gembira bila ramai yang membaca blog dan fanpage dan ingin mengetahui tentang produk jualan saya serta mendapat khidmat nasihat tentang kesihatan dan kecantikan walau secara maya sahaja.
Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa membantu antara satu sama lain.
Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.

Thursday, March 6, 2014

ABDR Kumpulan Sokongan Untuk Surirumah Berpendapatan

Guru online : Anys Idayu Zakaria
 
 
 
Cik azue kenal ABDR ini melalui blog penulisan puan MASAYU AHMAD, iaitu blog PANDUAN BEKERJA di RUMAH (WAHM,SAHM,SOHO)
Masa ini cik azue sedang berkira-kira untuk meletakkan jawatan, iaitu 6 bulan terdahulu dari hari perletakkan notis tempoh hari.
 
Secara kebetulan, cik azue merayau-rayau di laman sesawang mencari-cari teman seperjuangan apabila cik azue bergelar WAHM. Pada mulanya, nama MASAYU ini agak familiar di ingatan cik azue, namun cik azue tidak pernah menyangka yang beliau adalah orang yang sama yang menulis dalam majalah mingguan wanita yang suatu ketika dahulu pernah cik azue baca sambil lalu sahaja.
Bermula dari situ, bila cik azue mentelaah blog beliau dari awal penulisan bermula MAY, 2008, cik azue dapat input sedikit demi sedikit tentang aktiviti pekerjaan yang boleh dilakukan secara sambilan dirumah samada sebelum atau selepas melepaskan jawatan.
 
Walaupun pada hakikatnya, cik azue telah bermula berniaga atas talian secara sambilan dengan serius pada tahun 2010, cik azue masih lagi mencari dan membaca supaya cik azue tidak akan pernah menyesal akan keputusan yang cik azue telah pilih disamping mencari sebanyak mungkin ilmu supaya apa yang cik azue cuba lakukan berjaya sampai ke matlamat yang telah cik azue tetapkan.Di sini kita harus menyemai semangat, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan tidak menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam". Cik azue yakin anda semua sedia maklumkan atas maksud simpulan bahasa itu.
Kalau mengikut teori yang telah disenaraikan oleh Puan Masayu, sedikit sebanyak cik azue telah pun bermula dan berada di atas landasan itu. Cuma sekarang ini, cik azue memberanikan diri untuk melibatkan diri secara serius dengan kumpulan ini bagi mendapatkan khidmat sokongan apabila telah benar-benar melepaskan jawatan, terutama diketika apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian. Siapa tahu apa yang akan terjadi suatu hari nanti.
 
Baik, apa yang cik azue dapat setelah cik azue mengenali kumpulan sokongan ini? Untuk pengetahuan para pembaca budiman, di dalam kumpulan ini terdapat pelbagai lapisan profesion yang telah pun mengundurkan diri dan telah juga berjaya dengan bekerja secara atas talian.
Untuk auro positif sahaja, kita akan melupakan segelintir yang belum lagi berjaya kerana boleh dikatakan kumpulan ini sebenarnya akan membimbing kita bersama-sama mengorak langkah menjadi surirumah berpendapatan.
 
Kenapa cik azue katakan sedemikian? Ini adalah kerana, di dalam kumpulan ini, para suri diberi latihan berdasarkan minat yang sedia ada dalam diri masing-masing. Di permulaan, para suri akan diajar untuk mengenalpasti tentang kemahiran atau minat diri kita sendiri. Selepas kita sudah kenal, maka kita bolehlah mula bergerak untuk mengumpul bahan-bahan yang kita suka dan minat menjadi satu olahan penulisan yang mana mungkin boleh menarik dan menjana kewangan. Di sini, para suri yang tidak biasa dengan medium teknologi internet akan mula berkenalan dengan gadjet serta blog dan fanpage. Mungkin pada mulanya para suri merasa agak janggal, namun dengan latihan 44 entri penulisan, cik azue yakin, para suri boleh mengatasi keadaan itu. Kenapa 44, mengikut yang cik azue ketahui daripada pesanan mak dan ayah, kalau hendak menjadikan suatu itu satu kelaziman, kita mesti memaksa diri berbuat sesuatu itu selama 40 hari atau 44 hari berturut-turut. Dan hal yang sama juga disyaratkan bagi para suri setelah memiliki sebuah blog atau fanpage atau kedua-duanya sekali.
Nah, bermula dari sini, para suri kemudiannya akan dibimbing untuk menjana kewangan tersendiri.
Pokok pangkal nya, usaha. Kalau sudi nak lihat contoh, mari kita berkenalan dengan pelatih di ABDR ini
 
Nama: Farhana Abdullah

Beliau telah pun dapat menjana kewangan dengan penjualan Nota Panduan Menjahit
Siapa sangka ya nota sebegini ada nilai nya jika beliau tidak bersama-sama dengan ADBR mengasah bakat menulis beliau. tahniah diucapkan.
 
Jadi kepada yang bertanya jika anda ingin merasai apa yang kami lalui, jom bersama-sama kami dalam kumpulan ini. Mana tahu anda boleh lebih maju kehadapan.
 
Jika anda berminat ingin sertai kami, mari bersama kami, PM atau email atau watsap cik azue ya untuk keterangan lanjut.
 
lain masa cik azue menulis lagi tentang apa yang ada dalam kumpulan sokongan ini. Semoga anda bersabar menanti ulasan cik azue yang seterusnya ya.
wasalam


Wednesday, March 5, 2014

Kerana Dia Bidadari Syurgaku - Novel Protege Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif




 Buah tangan protege Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif, Siti Khatijah Diana daripada kelas Cikgu Mazlia Murat. Akan menemui pembaca Mac ini.

RM25.00
Penulis : Nana Rumaysa
Penerbit : EMP

Menyedari diri tidak sempurna, Nur Nadimah tidak memuja insan seperti Zikri Darius. Hatinya milik Ruslan yang boleh dikatakan sekufu dengannya. Namun, kecewa melanda apabila Ruslan menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Ada dua sebab kenapa Zikri Darius membenci Nur Nadimah. Satu, wanita itu dianggap cuba memisahkannya dengan wanita pujaannya, Syafina. Yang kedua, Nur Nadimah memiliki kekurangan yang paling tidak disukainya. Bagi Zikri Darius, wanita itu terlalu buruk berbanding dengan wanita yang pernah dilihatnya di atas muka bumi.
Namun begitu, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Dek kecewa ditinggalkan Syafina, Zikri Darius akur untuk berkahwin. Tanpa diduga, wanita yang menjadi isterinya itu adalah wanita yang terlalu dibencinya selama ini.
Ternyata, bukan mudah untuk hidup bersama orang yang tidak dicintai. Namun, kesabaran dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nur Nadimah membuahkan hasil. Sehinggalah pada satu hari, berlaku satu peristiwa hitam yang membabitkan Zikri Darius dan Syafina hingga membuatkan Nur Nadimah berlalu pergi