Wednesday, June 25, 2014

Ulasan kelas blog bisnes - Norul Badri Daud

ulasan kelas blog bisnes

guru online : anys idayu hj zakaria
protege : Norul Badri Daud
sumber : http://norulbadridaud.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-asas-blog-bersama-abdr.html

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat dan nafas yang diberikan Allah s.w.t.
Semoga perjalanan hidup kita hari ni lebih baik daripada semalam dan diberkati serta dilindungiNYA.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sesuai dengan ungkapan tersebut, sebagaimana permulaan saya bersama ABDR.

Syukur ke hadrat Allah yang mempertemukan saya dengan rangkaian akademi bekerja dari rumah. Dari hari ke hari bertambah bilangan ahlinya. Saya menyertai ABDR di bawah seliaan cikgu Pn. Anys Idayu Zakaria. Satu rangkaian yang semakin berkembang yang diasaskan oleh sifu iaitu Pn. Masayu  Ahmad. Dalam akademi ni, kita akan di pantau oleh guru yang sentiasa komited untuk membantu jika ada yang kita tidak faham.

Terima kasih cikgu, jasa mu cukup besar dalam menyampaikan ilmu.

Walaupun saya adalah ibu yang masih bekerja di pejabat, namun tertarik untuk menyertai ABDR. Ini kerana, saya ingin menjana pendapatan sampingan secara online. Blog merupakan medium yang sesuai untuk perkongsian dan jana pendapatan selain fb, instagram & twitter. Sebelum ini, saya pernah mempunyai blog dengan cara google sendiri. Namun membuat blog dengan mempunyai guru adalah suatu pengalaman yang berbeza. 

Walaupun baru 3 bulan menyertai ABDR dan masih bertatih, namun Alhamdulillah traffik hingga hari ni telah melebihi 4k!. Dengan menyertai ABDR juga , secara tidak langsung pelbagai ilmu baru dan tip-tip yang kita dapat perolehi sesama ahli. 

Nasihat saya bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan atau bercita-cita untuk berhenti kerja makan gaji, amat sesuai menyertai ABDR. Yuran yang dikenakan juga berpatutan. Kelas dan masa juga adalah mengikut kesesuaian kita sendiri. Kita juga dibimbing sehingga kita mula yakin dengan langkah sendiri.

Dengan bergabung bersama kami di akademi, pastinya jaringan bisnes lebih luas dan capaian blog lebih tinggi kerana ada lebih 750 blog yang bergabung dalam membantu sesama ahli bagi menaikkan carian blog kita di google.

Salam kasih sayang. Sampai jumpa lagi.

Monday, June 23, 2014

Ulasan Kelas Blog Mula Bisnes - Wan Rohaniah

Ulasan Kelas Blog Pengurus Online Akademi
Guru online : anys idayu hj zakaria
protege : wan rohaniah wan abdullah
sumber :  http://wanrohaniahwanabdullah.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-blog-pengurus-online.html

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

Alhamdulillah, sedar tak sedar entri di blog ini dah pun melebihi 25 entri. Sekejap saja rasanya. Maknanya saya sudah berada di pertengahan tugasan 44 entri yang ditugaskan di dalam kelas sebagai pengurus online akademi.
Saya diperkenalkan kepada blog pada tahun 2005 lagi. Suami saya yang perkenalkannya kepada saya. Dan dari satu blog waktu itu, saya telah membuka sehingga 4 blog untuk mencatat dan berkongsi minat saya. Tetapi, lama-kelamaan blog-blog saya itu menjadi semakin sepi dan bersawang, tidak diupdate. Nak kata saya sibuk, orang lain lebih sibuk dari saya rasanya. Semangat untuk menulis entri hilang entah ke mana. 
Saya tahu blog adalah satu medium yang boleh dikatakan agak kuat pengaruhnya, jika kena pada gayanya. Tetapi itu hanya boleh dicapai sekiranya ada tunjuk ajar yang diberikan. Saya selalu melawat blog-blog yang terkenal sama ada di dalam negeri mahupun yang luar negara. Saya berimpian untuk mempunyai blog seperti itu. Maka saya membuat carian di internet. Dan carian saya membawa saya kepada blog Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja di Rumah. Dari blog beliau, saya dihubungkan kepada facebook beliau. Dari situ, saya berkenalan pula dengan guru saya sekarang iaitu Puan Anys Idayu. Melihat kepada penerangan yang diletakkan pada status fbnya membuatkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas yang ditawarkan oleh ABDR.
Akhirnya saya mendaftar sebagai salah seorang pengurus online akademi. Apa yang saya suka dengan kelas ini adalah soalan analisa yang diberikan pada permulaan kelas. Sebelum kita melakukan apa-apa, kita perlu menjawab beberapa soalan yang dikatakan akan memberi perisian kepada apa yang akan saya lakukan nanti. 
Dari soalan analisa tersebut, satu lagi saya suka apabila saya diminta mencipta email dan blog dengan nama yang diberikan oleh cikgu. Tidak terlintas difikiran saya yang nama email dan blog boleh memainkan peranan satu hari nanti. Dan saya juga diberi fokus kepada blog yang akan saya bangunkan, siap dengan label tajuk yang patut saya tumpukan. 
Kemudian, senarai tugasan diberikan dan antara tugasan yang perlu dibuat adalah menulis 44 entri di blog. Jika sebelum ini saya tiada semangat untuk update blog, tetapi disebabkan tugasan yang diberi, ditambah pula dengan label tajuk yang diberi berserta fokus blog, saya merasa terpanggil untuk menulis entri baru setiap hari. Dan idea juga datang dengan mudah kerana adanya tajuk label tersebut. Memang mengujakan.
Di dalam kelas ini juga lah saya belajar bagaimana membuat fan page di facebook, yang sebelum ni memang saya tidak tahu langsung bagaimana melakukannya. Begitu juga dengan membuat borang tempahan. Serta tab-tab yang ada pada blog. 
Tidak cukup dengan semua ilmu ini, sokongan yang tinggi juga diberikan oleh semua rakan-rakan di dalam akademi ini bagi memastikan blog ini tidak sunyi. Jika saya ada persoalan yang tiba-tiba datang, saya peroleh jawapannya secara serta-merta, sama ada dari cikgu online saya mahupun dari rakan-rakan akademi.
Akhir sekali, saya juga berpeluang untuk menjana pendapatan sebagai pengurus online akademi di mana produk-produk akademi yang banyak dan pelbagai boleh saya promosikan. Mana nak dapat, ilmu diberi, peluang dapat duit pun diberi sama. 
Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang ingin menukarkan statusnya kepada suri rumah yang bekerja di rumah, kelas-kelas yang ditawarkan oleh akademi ini adalah amat sesuai. Tambahan pula, semua kelas diadakan atas talian dan waktu yang fleksibel memang memudahkan para suri. 
Harapan saya agar akademi ini akan menjadi satu akademi yang sangat berpengaruh suatu hari nanti dan para suri rumah atau wanita berkerjaya yang mengimpikan untuk bekerja dari rumah akan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang ada di dalam akademi ini. Sama-samalah kita doakan. 
 http://wanrohaniahwanabdullah.blogspot.com/

Thursday, June 19, 2014

Ulasan kelas blog bisnes - Noor Azzah Yusof

Ulasan kelas blog fanpage mula bisnes
Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
SUmber :http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/06/mulakan-hari-ini-sertai-kami-di-akademi.html


 Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
  Assalamualaikum…

Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan nikmat kesihatan serta ketenangan. Sungguh banyak nikmatNya tidak terhitung. Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas dan tidak mengira siapa sahaja walau di mana berada. Allah Maha Adil dan rezeki yang diberi mencukupi keperluan hambaNya. Bersangka baiklah kepada Allah. Sebagaimana firmanNya dalam ayat 2- 3 surah at-Talaq yang bermaksud : “…Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”  
Akan tetapi kita sebagai hambaNya sering terlupa nikmat dan tidak pernah merasa cukup, bersyukur kepadaNya. Bahkan seringkali merungut itu dan ini hanya kerana apa yang kita ingini tidak diperolehi. Ada ketikanya Allah menangguhkan permintaan kita kerana ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dan selayaknya untuk kita.
Alhamdulillah, dengan izinNya jualah saya dipertemukan dengan rakan-rakan ABDR. Walaupun pertemuan yang diatur melalui alam maya, rakan-rakan di sini cukup membangkitkan semangat. Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan  kepada Puan Masayu Ahmad kerana mewujudkan peluang ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain seterusnya barisan guru online Puan Anys Idayu Zakaria dan Puan Nur Balqis Qahira yang tidak jemu mencurahkan ilmu dan pengalaman agar kejayaan dan kemanisan dapat dirasai bersama-sama. “ Sharing is caring ”. Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) disertai oleh barisan Pengurus Online (PO) dan Rakan Niaga yang amat komited. Pelbagai tips dan ilmu serta perkongsian bisnes melalui kumpulan sokongan khas. Ianya bukan suatu usaha yang mudah untuk ke tahap ini. Biarlah apa orang kata sekali pun, insya Allah rezeki Allah beri tetap ada. Keyakinan dan kebergantungan kita hanya kepada Allah dan lipatgandakan usaha kita.  
Dengan ini, saya mengalu-alukan kedatangan ahli baru ke AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)
Sama-sama bergabung dengan kami  hampIr 700 blog. Kami menerima pendaftaran setiap hari. Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar kepada guru online.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog mula bisnes
3. Kelas asas blog penulisan kreatif
4. Kelas asas blog iklan mudah.my
5. Kelas penulisan ebook pertama
6. Kelas akaun wahm soho online dan offline
7. Kelas borong telekung solat
8. Kelas wordpress
9. Pendaftaran pengurus online
10. Pendaftaran projek duit raya
11. Tempahan iklan bersama kami
12. Tempahan blog bisnes- siap 3 hingga 5 hari.
Untuk mengecapi kejayaan hari ini , usaha yang komited serta konsisten amat perlu. Bak kata pepatah “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Kejayaan tidak akan datang dengan sendiri jika kita sering membuat pelbagai alasan dan sering bertangguh untuk memulakan sesuatu usaha. Apa pun yang kita lakukan pasti ada risiko. Berani menanggung risiko untuk berjaya.  Tiada jalan mudah. Resepi kejayaan = Usaha + Modal + Yakin + Konsisten + Doa + Tawakkal + Syukur + Sabar. 

Bagi yang berminat dan ada kesungguhan, boleh sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Hubungi saya melalui  : 
Emel : noorazzahyusof@gmail.com
sms/whatsapp : 0126343413

" Kejayaan anda bermula daripada langkah hari ini , mulakan dari sekarang"

Tuesday, June 17, 2014

ulasan puan Fatimah Tahir

Berkenalan dengan protege saya Fatimah Tahir
Walaupun hanya beberapa bulan saya mengikuti kelas ABDR, banyak yang telah dapat saya pelajari tentang dunia bisnes terutama yang online. Jika dulu saya tidak tahu bagaimana dan tiada idea untuk menulis entri baru, namun dengan tips yang diberikan insya Allah saya akan konsisten dalam melatih diri menulis entri di samping menambah idea-idea lain. Jika dulu saya berblog untuk bisnes Shaklee tanpa mengetahui selok belok perniagaan secara online, subhanallah percaturan Allah sangat hebat! Allah ilhamkan saya dengan satu bidang baru yang sangat luas ilmunya. Dulu saya tidak mahir perkara-perkara yang melibatkan dunia alam maya, aplikasi-aplikasi serta teknologi baru, namun jika kita tekad untuk belajar semuanya tidak mustahil. Jadi tiada alasan untuk tidak berjaya dalam bisnes online jika kita sentiasa bertekad untuk belajar dan bertindak mengubahnya. Semua manusia dilahirkan sama saja yang membezakan kita adalah keazaman serta tekad untuk mengubah kehidupan kita menjadi orang yang biasa-biasa atau menjadi luar biasa. Impian saya adalah untuk mendidik anak di depan mata saya di samping menambah pendapatan keluarga hanya dari rumah.
Bagi yang baru nak berjinak-jinak untuk berbisnes secara online, di sini saya kongsikan tips untuk anda berjaya dalam bisnes online, insya Allah.
3 teknik urusniaga online-sesuai bagi yang baru mahu mula.
Ini asas yang perlu ada bagi yang baru mahu mula belajar urusniaga online. Saya tahu ramai yang sudah pakar, tetapi asas ini khusus bagi ibu yang baru bermula.
1. Mulakan dengan percuma, fan page, blogspot, produk dropship. Ini tiga yang sangat asas yang boleh dimulakan.
2. Fan Page adalah sebagai kedai online dan cara yang sangat efektif untuk menjual dan terus kepada pelanggan.
3. Blogspot. Blog sangat sesuai untuk titik mula kalian mencari pelanggan. Ya blog adalah salah satu cara memperkenalkan diri kepada pelanggan, bina khalayak pelanggan kalian sendiri. Ada berjuta-juta rakyat Malaysia, kalian hanya mahu 3K hingga 5K pertama pelanggan setia.
4. Dropship. Tidak perlu ada produk sendiri, mulakan dengan produk yang sudah ada. Banyak pembekal yang menawarkan dropship.
Singgah di sini http://pnfatimahtahir.blogspot.com/2014/05/impian-wahm-working-at-home-mom-bersama.html

Wednesday, June 11, 2014

Ulasan Kelas Blog Mula Bisnes - Shuhada Badya

Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Shuhada Badya
Sumber : http://shuhadabadya.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-blogging-abdr.html

Ulasan Kelas Blogging ABDR

Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat allah swt atas kurniaan tunasan idea menyiapkan blog yang baru yang lebih kemas dan tersusun ini. mood perasan sikit hehehehe  Alhamdulillah berjaya menyiapkan branding semula dari blog lama RAHSIA IBU SIHAT ke blog baru ARDA eSHOP =) Yess blog telah lengkap review !!

Saya masih baru, mula sertai Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) pada 19 April 2014, masih baru masih bertatih hehehe namun di luar jangkaan saya, trafik sehingga hari ini telah melebihi 3K !! ALHAMDULILLAH

Baru 2 bulan lebih menyertai keluarga ABDR di bawah seliaan Pn. Anys Idayu Zakaria. Terima kasih cikgu atas ilmu yang diperturunkan semoga mendapat ganjaran pahala yang berlipat-kaliganda dari Allah swt, InsyaAllah. Keperihatinan cikgu dalam segala tunjuk ajar cikgu sangat-sangat membantu !! Pengalaman yang sangat berbeza caranya dari dulu ketika saya terkial-kial belajar sendiri membuat blog dan belajar membuat blog dengan berguru =)

Bagusnya ABDR, saya juga boleh berkenalan dengan kawan-kawan online yang baru, bertukar-tukar ilmu dan pandangan tentang dunia online, blog dan bisnes, suatu pengalaman yang amat membuatkan saya teruja ! serta membina rangkaian blog tersendiri yang mana setiap ahli keluarga ABDR saling bantu- membantu dengan cara berkongsi link blog rakan yang lain di blog masing-masing =)

Manfaat utamanya setiap hari saya akan terima tips-tips yang baru yang sangat berguna untuk rujukan untuk menjadikan blog atau kedai online lebih interaktif supaya sentiasa dikunjungi =)

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah  syukur yang tidak terkata, rezeki dah mula masuk, sale juga semakin rancak, semuanya Anugerah Rezeki Dari Allah swt =)

Bagi mereka yang mahu memulakan bisnes hanya dari rumah sahaja, tanpa perlu keluar, uolss boleh sertai keluarga kami di Akademi Bekerja Dari Rumah =) InsyaAllah setiap usaha pasti ada hasilnya =)

http://shuhadabadya.blogspot.com/


Tuesday, June 10, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan - Zaridah Hj Hashim

 Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan
Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Zaridah Hj Hashim


Teks : Zaridah Hj Hashim


Salam Semua!
Bagaimana Saya Bermula
Ianya bermula selepas saya terbaca satu artikel Pn. Masayu di Majalah Mingguan Wanita, maka timbul keinginan untuk mengenali beliau dan dalam masa yang sama saya ternampak satu "posting" dari Pn. Anys di FB Pn. Masayu. Lalu saya "add" Pn. Anys sebagai rakan Facebook saya.
Di pendekkan cerita, selepas saya menghantar "PM" kepada Pn. Anys untuk mengetahui matlumat lanjut tentang Kelas Asas Blog Dan Penulisan. Beliau menerangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog Dan Penulisan memandangkan saya perlu mengetahui bagaimana untuk membuat blog dan penulisan yang menarik minat pengunjung.
Perlukan Bimbingan
Sebelum ini saya juga telah mempunyai beberapa blog tetapi saya sangat teruja untuk memperlajari lagi tentang blog kerana selama ini saya hanya "out source" kepada individu yang membuat perkhidmatan "up-grade" blog untuk saya.
Sebenarnya saya rasa saya perlukan bimbingan dari mereka yang berpengalaman kerana saya perlu mengetahui teknik yang betul agar saya tidak meninggalkan blog saya seperti blog-blog saya yang terdahulu.
Harga Berpatutan
Bayaran yuran yang dikenakan untuk menyertai kelas sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada waktu terluang saya kerana saya juga perlu menumpukan kepada bisnes online SHAKLEE saya.
Berpuashati
Secara peribadi, saya sangat berpuas hati dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan yang saya sertai kerana banyak ilmu tentang blog dan penulisan yang telah saya pelajari. Alhamdulilah Cikgu yang mengajar saya juga iaitu Pn. Anys banyak berkongsi pengalamannya tentang penulisan serta memberi tips-tips kepada saya. Syukur kerana saya dapat mengenali beliau dan juga Pn. Masayu.
Saya rasa setakat ini dulu perkongsian dari saya, bagaimana permulaan saya dalam pembelajaran kelas secara alam maya ini. Ianya adalah satu landasan untuk mereka yang tidak mengetahui apa-apa tentang blog dan ia boleh menaikkan lagi kredibiliti seseorang untuk membina jaringan dan bisnes di alam maya ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai kelas ini, jangan tunggu lagi atau teragak-agak kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat untuk anda. Anda tidak akan rugi jika menyertai Kelas Asas Blog dan Pemulisan ini.
Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui bagaimana untuk bermula. Kami di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) sangat mengalu-alukan penyertaan anda.
Senyum Selalu!