Friday, July 18, 2014

Hasil Pertama Dalam Penulisan

Berkongsi keterujaan Intan Haji Daud, antara pelajar perintis kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif kelas Monalita Mansor melihat cek pertamanya untuk cerpen pertamanya yang berjudul Goyah yang tersiar di majalah Wadah Siswa.

Menulis adalah proses. Intan mendaftar pada tahun lepas, dan beliau bukan penulis. Saya ulangi, Intan Hj Daud bukan penulis. Beliau hanya pembaca novel tegar dan kemudiannya menggunakan panca indera keenamnya dan kesungguhan yang bukan sedikit untuk belajar. 

TEKS= +Intan Daut 
GAMBAR= Koleksi peribadi







Alhamdulillah... hasil pertama dalam penulisan sudah di depan mata. Cuma yang pernah merasa tahu gembiranya macamana... Yang pasti, semangat untuk terus berada dalam bidang ini semakin meningkat. Kepercayaan kepada kemampuan diri sendiri juga mula bercambah. 

Terima kasih kepada guru penulisan online saya Puan Monalita Mansor. Walaupun saya tergolong dalam golongan pelajar yang degil dan banyak songeh, berkat kesabaran dan bimbingan beliau, selangkah demi selangkah saya mula berganjak. Sesungguhnya keputusan memasuki Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif (Guru Online Monalita) adalah satu keputusan yang tepat.

Doakan saya dapat melangkah lebih jauh lagi dengan menyiapkan sebuah manuskrip novel (Mahar Cinta Cik Sitam). Dalam perancangan awal, saya akan cuba menyiapkannya sebelum berakhirnya tahun 2014.



****Lagi 13 cerpen, balik la modal beli laptop.****


-Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor. Kelas ini bersiaran secara 'online' sepenuhnya dan di bawah seliaan grup Akademi Bekerja dari Rumah atau grup Wahm SOHO

Thursday, July 17, 2014

Ulasan Kelas Blog Bisnes - Sharimah Yahya

Ulasan Kelas Blog Bisnes 
Protege : Sharimah Yahya 
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://sharimahyahya.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas%20Asas%20Blog

Teks: Sharimah Binti Yahya
Foto: Koleksi Peribadi

Kelas ini sesuai untuk sesiapa sahaja. Bagi yang tidak mempunyai pengetahuan tentang blog tidak perlu risau kerana langkah demi langkah akan diajar oleh guru. 
Setiap peserta akan diberi tugasan untuk diselesaikan. Antara tugasan yang perlu diselesaikan ialah 44 entri .Tempoh tugasan adalah bergantung kepada peserta. 
Komunikasi dua hala antara peserta dan guru adalah secara online. Sekiranya terdapat kemusykilan dan pertanyaan, peserta boleh bertanya kepada guru. Guru online sentiasa membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar.
Antara yang dititik berat dalam kelas ini ialah penjenamaan blog dan penulisan entri yang konsisten. Contohnya, ini adalah blog saya sebelum saya menyertai kelas iaitu MyJournal. Terdapat perbezaan yang agak ketara baik dari isi, antaramuka dan trafik blog. MyJournal beroperasi sejak tahun 2012 tetapi aliran trafik sehingga kini hanya 677. Selepas penjenamaan, blog sekarang yang hanya baru beroperasi dua minggu telah mempunyai 600 aliran. Aliran trafik ini juga penting dalam meletakkan blog kita dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo.

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif - Nurhidah Halun

Teks : Nurhidah Halun
Gambar : Carian Google

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan


Terus-terang saya katakan, saya biasa menulis. Baik di muka buku, blog, dalam komputer riba atau komputer peribadi, buku catatan harian, malah di kertas kosong hatta kertas kerja pelanggan sekalipun. Pendek kata, saya memang suka menulis.

Berhenti bekerja, bukanlah keputusan yang mudah. Namun, sesuatu harus dilakukan bagi menggantikan kebiasaan bekerja agar tugas sebagai suri rumah tidak begitu membosankan bagi segelintir masyarakat seperti saya. Lalu, harapan saya tinggi. Mungkin, setinggi Gunung Kinabalu sewaktu menjelajah laman skrin ‘Google’ dan mencari buku atau nota panduan bagaimana menjadi seorang penulis dan menghasilkan karya penulisan yang terbaik.

Rezeki saya bertemu dengan laman di muka buku yang bertajuk Kelas Asas Blog Penulisan Karya Kreatif di bawah kelolaan Puan Monalita Mansor. Selepas berhubung dan mengetahui terma-termanya, saya teruja untuk mengikut sesi pembelajaran secepat mungkin.

Lalu, saya menerima pelbagai buku panduan penulisan dan senarai tugasan kelas. Saya bertindak membaca secepat mungkin agar bersedia mengikut kelas dalam masa terdekat. Angan-angan saya setinggi Gunung Kinabalu tadi sudah diletakkan sebagai matlamat.

Melalui kelas, saya diajar pelbagai perkara seperti :-
1) Perkara-perkara asas seperti pembinaan blog, pautan dan menjemput trafik yang tinggi ke dalam blog. Saya yang hanya tahu tentang asas seperti memasukkan entri dan membuat pautan sudah mengetahui lebih banyak, termasuklah mencantikkan blog dan memasukkan muzik ke dalam blog

2) Penggunaan tatabahasa dan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh seorang penulis. Penekanan diberikan kepada kepentingan tatabahasa yang betul mencerminkan kebijaksanaan penulis. Kekurangan kesilapan ini akan menarik minat penerbit untuk tujuan terbit karya, ataupun melancarkan pembacaan. Oleh itu, pelajar akan didedahkan kepada kesilapan-kesilapan ketara dalam penggunaan ‘di’, ‘dari’, ‘daripada’, tanda baca, dan lain-lain lagi.

3) Bagaimana menghasilkan sebuah cerpen yang bermutu. Penggunaan tema, plot, konflik, gaya bahasa, teknik, perlukisan latar dan pemilihan watak dan perwatakan serta format penulisan dikupas satu per satu dengan teliti dan mendalam. Oleh itu, penulis diajar dan dikerah untuk mengguna pakai semua perkara di atas ketika menyiapkan tugasan yang berupa cerpen.

4) Cara menghasilkan karya (cerpen) dengan teknik yang mantap dan menarik minat pembaca. Melalui teknik ini, tugasan akan diberikan untuk menghasilkan cerpen yang baik. Saya sendiri telah siap menulis beberapa cerpen yang dikategorikan sebagai baik dan sesuai untuk terbitan (menurut komen cikgu kelas). Bagaimanapun, saya akan peram dahulu sebelum bersedia untuk dihantar terbit.

5)  Pendedahan Melalui Sesi Bedah Karya. Di sini juga buat pertama kalinya saya berdepan dengan situasi ‘mengkritik’ karya yang dihasilkan. Setelah penat menulis dan menggarap idea, saya menyangkakan keberhasilan yang terbaik dan meminimakan kesilapan. Namun, kesilapan itu terlalu banyak yang tak terlihat oleh mata kasar sekalipun sebenarnya saya tahu. Paling menarik, kita didedahkan dengan pengurusan emosi selepas karya dikritik, dikomen, dihentam, ditegur dan diulas. Berdepan dengan para guru (termasuklah di kalangan rakan penulis sendiri) adalah lebih baik sebelum karya kita dihentam dan dikritik oleh para pembaca di luar sana.

6)  Pengenalan tentang cara menghantar karya untuk tujuan terbit dan pemilihan sasaran pembaca. Nasihat dan panduan daripada tenaga pengajar dan para penulis yang pernah berkongsi pengalaman terbit karya. Oleh itu, selepas karya dikritik dan dibaiki, kita disarankan agar menghantar kepada pihak pernerbitan yang sesuai mengikut tema cerita. Jadi, kita akan diberikan garis panduan terma-terma yang perlu diikuti selaras dengan rumah penerbitan yang dipilih.

7)  Pasukan/Jemaah pengkarya yang mempunyai angan-angan dan impian yang sama. Di sinilah saya membina pasukan jemaah penulisan untuk sama-sama berkongsi ilmu, memberi semangat dan nasihat/teguran membina serta melakar haluan penerbitan karya kami bersama. Syukur, saya temui rakan-rakan yang memberi impak yang cukup besar dalam dunia penulisan saya yang kecil ini. Sesungguhnya, inilah ganjaran yang tidak terukur nilainya pada saya.

8)  Penasihat/Pembimbing dan Editor utama. Bagi saya matlamat jangka panjang itu boleh dicapai dengan pembinaan ukhuwah yang berpanjangan terhadap sesama rakan dan guru pembimbing. Ini kerana pengalaman dan pengetahuan mereka sangat luas. Bukan sahaja dalam penulisan cerpen tetapi juga penulisan novel. Jadi, melalui kelas ini saya berasa bersyukur mempunyai guru yang boleh bertindak sebagai editor saya bukan setakat untuk cerpen bahkan untuk penulisan novel yang sedang saya usahakan. Semoga kejayaan saya akan menjadi kebanggaan para guru suatu hari nanti.

Buat Cikgu Monalita Mansor, ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga dari saya. Semoga Allah dapat membalas segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya selama ini dan akan datang. Amin.

http://nurhidahhalun.blogspot.com/

***Nota Guru - Cerpen pertama Nurhidah sudah tersiar di majalah Wadah Siswa pada keluaran no 19, bertajuk Tali Leher Pengawas. Bakal menyusul cerpen yang kedua iaitu, Air Mata Adik. Insya-Allah. 

Wednesday, July 16, 2014

Ulasan Kelas Blog Bisnes - Ruslinda Jalil

Protege : Ruslinda Abdul Jalil 
Guru Online : anys idayu zakaria 
sumber : http://ruslindajalil.blogspot.com/2014/07/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Menjadi impian setiap wanita untuk menjaga anak-anak dengan tangan sendiri di depan mata, menyambut kepulangan suami setiap masa dan menyediakan segala keperluan keluarga. Namun desakan ekonomi di kota menyebabkan ramai wanita terpaksa bekerja termasuk saya sendiri. Walaupun berkerja, hati masih rasa tidak puas hati dan gelisah memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Sabarlah wahai hati. 

Saya memang ada hasrat untuk bersara awal dari kerjaya sekarang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Tambahan pula 'suasana' di tempat kerja yang tidak 'nyaman'. Jadi saya mahu membuat persediaan supaya saya tetap ada pendapatan untuk keluarga walaupun tidak bekerja dan berada di rumah.

Saya mula menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) secara rasmi pada bulan April 2014. Tetapi sebenarnya saya sudah menyelidik tentang ABDR sejak awal tahun lagi. Ketika membaca majalah Mingguan Wanita, saya terbaca penulisan Pn. Masayu Ahmad tentang bekerja di rumah. Saya tertarik dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut. 

Akademi ini beroperasi 100 % secara online yang menyediakan kelas online untuk belajar cara menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. Maknanya anda hanya perlukan telefon pintar / komputer dan talian internet serta fokus untuk belajar dan berniaga!. Tidak perlu keluar ke mana-mana.

Lalu saya telah mendaftar kelas ABDR dengan menghubungi cikgu Anys Idayu Zakaria melalui sms. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya tiada blog dan facebook sebelum menyertai ABDR. Saya ni rabun IT, kurang mahir tentang teknologi IT yang cepat berkembang. Tapi perlahan-lahan saya cuba menyiapkan tugasan dengan bantuan cikgu Anys Idayu Zakaria. 

Bermula dengan analisa, saya cuba menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Walaupun belum lengkap sepenuhnya tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan kerana kelas di ABDR ini fleksible mengikut masa saya sendiri. Saya tidak perlu keluar dari rumah atau pejabat untuk menghadiri kelas kerana ABDR adalah kelas atas talian (online). Komunikasi antara saya dan guru online juga secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar disediakan dalam group kelas online membuatkan saya cepat faham.

Saya belajar membina fanpage untuk bisnes butik pakaian wanita kerana saya suka melihat fesyen yang berbagai gaya. Niat saya, mungkin saya dapat memudahkan wanita lain mencari pakaian yang sesuai dengan mereka. Selain itu, saya juga dapat menjalin persahabatan baru dengan peserta ABDR dan rakan online yang lain. 

Terima kasih kepada Pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR.

Terima kasih kepada cikgu Anys Idayu Zakaria yang sangat membantu serta sabar melayan pertanyaan saya.

Terima kasih juga kepada rakan ABDR dan rakan online kerana saling menyokong. Semoga semua wanita dapat memajukan diri sendiri dan mencapai matlamat suri bekerja di rumah (WAHM).

Bagi suri yang ingin berubah, mahu keluar dari zon anda sekarang atau mahu menjadi USAHAWAN, saya cadangkan anda membuat persediaan dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Mungkin ada perubahan dalam hidup anda nanti!

Jumpa lagi :)

Tuesday, July 8, 2014

Menulis bermanfaat

http://norhafizahabdhadi.blogspot.com/2014/07/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html

Sudah lama saya mencari tempat menuntut ilmu tentang bekerja di rumah, sejak saya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dan mengikut suami bertugas ke Sabah. Setelah 5 tahun di sana, kami berpindah ke Selangor dan saya masih mencari sifu tentang bekerja di rumah. Lama juga saya mengikuti tulisan-tulisan Puan Masayu Ahmad, saya bertanya itu dan ini kepada beliau serta guru online yang lain. Akhirnya alhamdulillah saya menjadi pelajar Puan Masayu.

Berada di ABDR ini bukan setakat ilmu yang saya dapat, bahkan secara tidak langsung menambah kenalan serta idea-idea luar biasa dari rakan-rakan lain. Jaringan antara blog juga semakin luas. Cara pembelajaran sangat santai dan fleksibel, semuanya secara maya. Masing-masing akan diletakkan dalam kumpulan di bawah seliaan guru dan saling bertukar pandangan sesama pelajar yang lain. Kadangkala saya terkeluar dari trek namun Puan Masayu tidak jemu memberi nasihat dan kata perangsang. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya khatam 44 entri, tugasan yang diwajibkan untuk Kelas Asas Blog dan Penulisan. Setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Masayu Ahmad, semoga Allah membalas dengan kebaikan.

Saya harap tidak berhenti di sini, saya ingin terus menulis dan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain melalui blog. Blog adalah dunia baru saya, masih banyak yang saya perlu gali untuk menjadi blogger hebat seperti rakan-rakan lain di ABDR. Blog juga tapak bisnes tudung saya selepas fanpage, istimewanya blog adalah promosi percuma dan lebih meluas.

Belum terlambat bagi yang belum mendaftar di ABDR, apa yang anda akan dapat sangat berbaloi dengan yuran yang dibayar. Tips dan panduan yang diberikan sangat membantu dan terarah, buktinya ramai yang sudah berjaya dengan teknik branding melalui blog. Anda akan rasai jika anda juga mendaftar di sini. Bertindak sekarang!

kelas blog mula bisnes - Noor Azila Mohamad

Ulasan tentang blog asas dan fanpage. 
Guru Online : anys idayu zakaria
protege : noor azila mohamad 
sumber :  http://noorazilamohamad.blogspot.com/2014/07/ulasan-tentang-blog-asas-dan-fanpage.html
 
Teks: noor azila mohamad

Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga  pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.
 
Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.
 
Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar, tidak perlu lagi  risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara 'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".  Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.
 
Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah...

Wednesday, July 2, 2014

Ulasan Kelas Blog - Pengurus Online Roszila Ibrahim

Ulasan Kelas Online Blog

Guru Online : anys idayu zakaria 
protege : Roszila Ibrahim 
sumber : http://roszilaibrahim.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas%20Online%20Blog 

Bismillah. Alhamdulillah penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah berisi tulisan, artikel atau informasi bermanfaat yang diupdate (diperbaharui) secara teratur diakses secara online baik untuk umum mahupun peribadi. Blog juga kombinasi sesebuah teks, gambar, video dan link ke satu blog ke blog. Blog juga laman yang menempatkan pelbagai topik samaada berdasarkan minat, kemahiran atau apa untuk dikongsi. Boleh juga dikatakan sebagai diari online. Kini dengan blog juga dapat menjana pendapatan. Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. 
Oleh itu, saya mengambil peluang ini tanpa ragu-ragu kerana dengan kelas online blog banyak faedahnya. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pada masa kini seiring perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang semakin meluas. Angan- angan saya memang tinggi dan saya berharap supaya menjadi WAHM yang berjaya seperti yang diharapkan Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer. 
Niat memang sudah lama untuk belajar blog dan baru sekarang impian dapat direalisasikan.Yang bestnya Kelas Online ini kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan! Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Pada mulanya saya membeli dua ebook dari Anys Idayu untuk bahan bacaan saya, oleh kerana tidak puas membaca ebook jadi saya daftarkakan diri dengan Anys Idayu untuk belajar. Teruja sangat dapat belajar dan berblog kerana ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Yuran Rm 200 dengan percuma 4 ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang berguna. 
Kini, saya masih giat menuntut ilmu dan saya berharap supaya dapat menghasilkan blog yang berkualiti. Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke grup Belajar Asas Blog. Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips dari ahli lain. Oleh itu, mulakan sekarang sebelum terlambat.