Thursday, January 28, 2016

Banyak Ilmu Diperolehi Dengan Sertai ABDR

Ulasan Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan
Pelajar : Ziadah Zainal Abidin 
Guru online : Anys Idayu Zakaria 
Sumber : http://ziadahzainalabidin.blogspot.my/2015/07/kelas-online-blog-penulisan-dan-fanpage.html

 
Teks: Ziadah Zainal Abidin
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Sudah hampir 4 bulan saya bersama akademi ini. Banyak ilmu yang dikongsi dengan arahan serta tunjuk ajar yang tiada had. Seperti yang dinyatakan di dalam ebook Super WAHM, Super Mom, ibu yang beranak kecil seperti saya jauh lebih lambat bergerak. Ia memang kenyataan. Komitmen terhadap bayi tidak dapat dijangka. Semua suri juga sedia maklum hal ini.
Saya mula berkenalan dengan guru online saya ketika saya terkontang-kanting mencari ilmu kira-kira demi mempertahankan perniagaan percetakan saya yang baru berusia lebih kurang 1 bulan suku akhir tahun lepas (2014). Permintaan yang tinggi secara mendadak menjadikan saya tidak menang tangan mahu membuat kira-kira kos, pengurusan perakaunan, promosi, jualan, pentadbiran dan sebagainya sendirian. Salah saya yang memilih orang 'kapal' saya tanpa menyiasat dan memandang masalah yang bakal timbul nanti.
Sayangnya saya terlupa tentang kelas yang guru Anys promosikan. Saat saya mengandung anak ketiga ini adalah saat saya benar-benar diuji sangat hebat oleh Allah s.w.t. Saya lalu menjadi orang yang sangat pelupa kesan stress melampau. Hatta pemeriksaan klinik yang tidak pernah saya lupa dari mengandung anak pertama dahulu, pun saya lupa dan tidak pergi. Dalam masa yang sama, saya masih cuba mencapai apa yang boleh dicapai asal tidak jatuh teruk. Setelah sekian lama saya menyepi, tepat 14 hari, guru Anys bertanya khabar. Saya terpaksa batalkan keinginan mengikuti kelas kerana terlalu sibuk menguruskan anak-anak, rumahtangga dan perniagaan yang saya hanya dapat kira untung kasar sahaja.
Perkenalan kami bermula lagi melalui laman peminat buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR). Entah bagaimana saya ingin memiliki buku tersebut. Saya komen pada salah satu status laman tersebut dan guru Anys segera mempromosikan buku tersebut kepada saya. Saya yang tertarik dengan promosinya tidak menunggu lama meminta akaun bank guru Anys. Tidak sabar mahu memiliki buku MMR tersebut. Sempat juga saya pesan pada guru untuk mengingatkan saya kerana semasa saya mengandung anak ketiga saya, saya sangat pelupa. Keesokannya saya buat pembayaran buku MMR dan terus lupa tentang tawaran guru Anys mengenai peluang menjadi agen dropship buku tersebut.
Selang hampir 2 bulan kemudian saya tertarik dengan status guru mengenai kelas blog akademi yang ditawarkan dengan syarat jika mahu masuk kelas secara percuma. Syaratnya boleh lihat gambar di bawah. Saya usahakan juga mengikut apa yang guru Anys tunjuk ajar tetapi tidak mendapat sambutan. Saya akhirnya mendiamkan diri dan diam-diam menjadi pembaca senyap status-status guru di Facebook hinggalah 3 bulan berlalu.
Hampir penghujung bulan Mac 2014, saya tidak mampu bertahan membaca status guru lagi yang setiap hari melintas di dinding Facebook saya. Akhirnya saya mohon untuk mengikuti kelas dengan bayaran secara ansuran. Saya ambil kelas paling popular dan paling mahal dalam akademi berharga RM300. Setiap kali saya membayar ansuran (RM100 sebanyak 3 kali), saya diberikan e-book untuk dibaca hingga habis, hadam dan faham. Pakej blog yang saya ambil ini menawarkan 5 e-book yang saya mesti baca habis dan faham serta ulangkaji.
Alhamdulillah. Setelah habis ansuran tanpa bunga yang guru tawarkan, saya terus diserap masuk ke dalam kelas (kumpulan Facebook). Guru menandakan nama saya pada tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dan langkah demi langkah menambah pelbagai gajet untuk blog dalam bentuk tutorial bergambar.
Saya juga mencontohi guru dan rakan menjadi seorang peniaga beretika iaitu peniaga yang meniaga dengan nama sebenar atau nama komersial yang berkaitan dengan perniagaannya. Lebih baik lagi jika berdaftar. Bukankah ia agak mencurigakan jika nama peniaga adalah Penggembala Lembu tetapi gambar produk dan penerangannya adalah tudung Fareeda (contoh sahaja ye). Begitulah misalannya.
Dari apa yang saya pelajari, ini adalah tanda peniaga tidak konsisten, tidak faham pelanggan, tiada target khusus, tidak tahu potensi dirinya dan kurang fokus pada produk jualannya. Sekejap jadi katak, sekejap jadi sesumpah. Sekejap lompat bisnes sini, sekejap menjelma bisnes sana yang sama tapi tak serupa.
Saya sarankan belajar langkah demi langkah yang betul bersama saya di Akademi Bekerja Di Rumah‬ (ABDR) selaku ‪‎pengurus online ABDR‬ dan juga ‎rakan niaga ABDR‬.
Nota: Saya pernah jadi katak dan sesumpah dari tahun 2007 hingga 2014. ABDR buat saya menahan diri dari menjelma dari katak kepada kodok atau dari sesumpah kepada biawak komodo. Boleh lihat di ruangan kenali penulis berapa banyak saya gagal.
Berada bersama ABDR membantu saya fokus dan jalan terus walau ada tangan suruh berhenti sekejap, nak bagi projek ni. Saya belajar dari kesilapan lalu. Cukuplah gagal selama 7 tahun. Sudah beratus habis. Nasib baik beratus. Jika berjuta, mungkin saya patut benam muka dalam tanah.

Kenapa saya pilih kelas belajar bina blog bisnes dan penulisan Abdr?

Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali dan Abdr
 
Terdapat lambakan kelas blog di luar sana namun saya pilih Abdr kerana:

1) Soalan analisa bantu set tajuk dan fokus blog
1 set soalan analisa ini nampak remeh. Sebenarnya, ia bantu kenal diri, kemahiran dan minat kita. Bantu set tajuk dan fokus blog. Berapa ramai blogger di luar sana yang mengaku dalam penulisannya, "blog saya caca marba". Jangan begitu. Kita hidup atas muka bumi Allah ini.. semuanya bermatlamat. Fokus blog dikembangkan pula kepada label. Kita update blog bukan sekadar suka-suka.

2) Bonus 4 ebook.
Masa saya belajar dulu dapat 4 ebook sahaja. Kalian sekarang dapat 10 ebook tau. 

3) Dapat ebook asas blog.
Naskhah wajib baca dan khatam. Menerangkan teknik cara penulisan blog. Tulis dengan bahasa melayu formal. 1 entri eloknya berapa perenggan. 1 perenggan eloknya berapa ayat. Dalam 1 hari berapa lama diperuntukkan untuk blog. Update dengan matlamat yang jelas. 

4) Nota tutorial bergambar langkah demi langkah.
Kita akan dimasukkan dalam fb grup. Nota bergambar langkah demi langkah lengkap di situ. Bermula dengan cara create blog, setting layout, masukkan gambar dan keterangan produk.. sehingga sudah boleh mulakan bisnes online. 

5) Tiada tekanan / paksaan.
Tahu tak ada rakan Abdr yang bertahun-tahun masih belum tamat belajar. Sebab cikgu tak paksa. Kita bukan budak sekolah. Jangan begitu. Apa yang dimulakan mesti habiskan. Buat hingga balik modal duit ringgit yang kita belanjakan.

6) Boleh sesuaikan sendiri masa belajar.
Sebaik mendaftar, khatamkan ebook asas blog dan nota fb. Carilah masa yang kita selesa hatta jam 3 pagi.

7) Belajar secara online.
Semasa belajar, saya masih bekerja pejabat. Dengan tiga anak kecil, saya sukar hadir kelas blog di luar sana walaupun kedengarannya lebih menarik, lebih bombastik. Saya belajar secara online sahaja tanpa perlu keluar dari rumah. Teringat pensyarah saya, beliau mengambil PhD secara jarak jauh. Supervisor berada di US. Semua komunikasi menggunakan email. Beliau tamat dengan cemerlang.

8) Yuran seumur hidup.
Yuran RM300 itu meliputi kumpulan sokongan Abdr, soalan selepas tamat belajar, nota bisnes dan motivasi. Bermakna hubungan sesama Abdr tak tamat. Malah, ukhwah semakin kuat walau kami beroperasi hanya dari rumah.. kenal secara maya.

10) Boleh bertanya cikgu walau sudah tamat belajar.
Ini benar. Sudah 2 tahun saya tamat belajar tapi saya masih lagi bertanyakan itu ini kepada cikgu kelas..dengan percuma. Kita dan cikgu sudah umpama kawan. 

11) Automatik berada dalam komuniti kumpulan sokongan Abdr.
Berapa ramai ibu-ibu bekerja di rumah yang tersungkur dengan pembahagian masa, tenaga, emosi antara keluarga dan bisnes? Kita mesti tempatkan diri di kalangan rakan-rakan dari lubuk yang sama. Berkongsi rasa, ambil pengajaran, belajar baiki diri, bertenang-tenang urus kehidupan. Kita hidup tak lama kan..

12) Pautan dengan rakan Abdr bantu naikkan blog.
Di fb, Group Support Like (GSL) sangat terkenal naikkan reach fb kita. Bersatu padu like dan komen. Di blog, rakan-rakan Abdr dimestikan letak link rakan lain. Blog berbeza dengan fb. Satu klik di blog rakan boleh membawa klik ke blog kita.

13) Belajar bina blog berpengaruh bermanfaat.
Blog berpengaruh bermaksud blog yang menarik pembaca datang dan datang lagi. Pembaca ini kita tukar kepada customer melalui softselling. Menarik kan?

14) Jana wang dengan blog.
Mahu blog suka-suka atau blog yang boleh ditukarkan kepada wang? Sangat banyak jalannya. 
       - Kita boleh dapat tajaan produk / servis atau bayaran product review dari blog kita. 
       - Update yang konsisten dan bermatlamat boleh hasilkan ebook.
       - Ebook boleh ditukarkan kepada buku fizikal.
       - Penulisan artikel di majalah atau portal online.
       - Ghoswriting menulis kisah orang lain dan mendapat bayaran daripadanya. 

15) Kata carian blog.
Abdr mengajar pasakkan nama dan jenama di internet. Apabila orang google nama kita atau produk / servis, carian akan membawa ke blog kita. Blog kita juga berada di carian teratas, mukasurat pertama Google.

16) Peluang jadi pengurus online Abdr.
Tamat tugasan, sudah layak jadi pengurus online (PO). . Semua produk dan servis Abdr secara online iaitu:
       - Kelas blog bisnes dan penulisan
       - Ebook dan
       - Sewa tapak iklan. 

Saya sangat suka menjadi PO, kerana 
        - Paling utama ialah saya boleh mengusahakan kerja-kerja PO saya walau dari mana sekalipun.. di rumah, kampung atau bercuti bersama keluarga. 
         - Saya tak perlu fikir bubble wrap, bungkus dan pos. Semuanya produk digital / online. 
      - Belajar pendapatan lumayan RM10, 20, 30 hingga 100 sehari. Tak tipu. Saya pernah capai angka ratus dari rumah.

Baiklah, cuba google "umi arbee ali" atau "qaseh gold bangi" atau "susu kambing murah", di mana kami berada, pada tangga nombor berapa.

Kita tak mampu jumpa 100 pembeli sehari kan? Blog mampu tarik 100 pembaca sehari. Tukar pembaca kepada pembeli.

Page View Meningkat Dengan Sertai ABDR


Ulasan : Emme Marina Mohamad
Guru Online : Anys Idayu Zakari
Kelas : Blog Bisnes Penulisan 
http://emmemarinamohamad.blogspot.my/2016/01/pageview-10000-dalam-masa-5-bulan.html


Teks: Emme Marina Mohamad
Foto: emmemarinamohamad.blogspot.my

Alhamdulillah. Kita sama-sama panjatkan doa dan kesyukuran ke hadrat ilahi atas setiap rezeki dan nikmat yang diberikan olehnya. Dan antara nikmat yang kita sering panjatkan kepada Allah ialah nikmat dan rezeki kejayaan, apatah lagi kekayaan ye tak? In shaa Allah, kita buat apa yang Allah suka, pasti Allah balas semula berlipat ganda kepada kita.

Ujian menandakan Allah sayangkan kita, nak berikan pahala lebih. Jika nikmat yang diberikan bermakna Dia juga sedang menguji kita lihat sama ada kita bersyukur ataupun tidak.

Lembaran tahun baru 2016 terasa amat manis bagi diri saya, kejayaan dan rezeki yang Allah berikan dan entri pada kali ini juga bagi saya ialah satu kejayaan yang Allah berikan setelah kita berharap dari Nya. Kita usaha dan belajar dalam kelas, bukan main-main belajar ya. Kita mahu capai satu matlamat dan Allah makbulkan usaha dan doa kita melalui kejayaan sebegini.

Saya sebenarnya sudah menjadi blogger suam-suam kuku sejak tahun 2011 lagi. Ada mungkin 3-5 buah blog saya pernah buat dan tidak fokus. Tiada hala tujuan, tiada fokus, tiada matlamat. Sebenarnya saya buat blog kerana saya tahu saya boleh jana pendapatan melalui blog. Kenapa saya kata begini?

Kerana GOOGLE adalah tempat saya bertanyakan SOALAN, PRODUK, BELIAN ONLINE dan pelbagai lagi. Dan setiap kali saya google, majoritinya akan pergi ke laman blogger. Paling ramai dan paling banyak ialah blogger. Ada pelbagai jenis blog, tidak kira blog kedai, blog personal atau campuran keduanya, iaitu personal dan blog kedai. Ia membawa kita kepada satu perhentian kepada semua yang kita inginkan.

Saya tidak mencari di facebook, saya tidak mencari di instagram. Kalau mencari di instagram lagilah pening kepala dibuatnya. Contoh hashtag #bajukurung, kadang-kadang yang keluarnya jubah. Hashtag #dms360, yang keluarnya produk lain. Kenapa jadi begini? Sebabnya mereka suka gunakan trending hashtag ataupun yang berdekatan. Seperti jubah, letak hashtag #bajukurung kerana ada kemungkinan peminat atau pembeli baju kurung yang lihat jubah tersebut berminat dan membeli. Tetapi, itu bukanlah satu solusi bagi mereka yang menginginkan jawapan kepada apa yang mereka cari.

Faham ya?

Bila kita bina sebuah blog, kita boleh kongsikan apa jua perkara tetapi bagi blog yang bermatlamat dan fokus, sebaiknya binalah blog yang berkaitan dengan niche kita. Jangan pergi terlalu jauh kerana akhirnya matlamat kita akan jadi lari dan hilang arah tujuan. Apa maksudnya? Teruskan pembacaan ya.

Tajuk fokus anda, Menjaga Kesihatan Bersama Produk Jeli Gamat, jadi fokus anda berkisar mengenai penceritaan produk, permasalahan yang boleh diselesaikan dengan produk tersebut, kongsikan petua berkaitan kesihatan. Jadi mereka yang follow blog anda ialah mereka yang berminat dengan masalah dan produk tersebut. Dan mereka inilah bakal pembeli dan akhirnya anda menjana pendapatan melalui blog.

Tetapi bagaimana caranya untuk fokus? Menetapkan matlamat? Belajar kata kunci agar blog anda mencari carian teratas dalam carian google?

Inilah yang bakal anda pelajari di dalam kelas asas blog akademi bekerja di rumah. Dan inilah juga caranya saya mendapat 10 000 pageview dalam masa 5 bulan sahaja tanpa blogwalking, tanpa sharing ke facebook grup atau facebook profile atau mana-mana medium. Saya belajar kata kunci dan konsistensi serta kekalkan matlamat dalam tajuk blog saya.

Bagaimana?

Mahukah kalian belajar bersama kami, in shaa Allah anda pasti tidak akan menyesal. Ianya merupakan pelaburan kelas yang terbaik.

Sertai komuniti akademi bekerja di rumah. Alhamdulillah kami mara 2000 jaringan blogger seluruh Malaysia dan Luar Negara. Belajar secara online. Tidak perlu keluar dari rumah.

Pembelajaran seumur hidup. In shaa Allah